3 Disember 2014


GUA MUSANG – Khazanah alam semula jadi di sekitar kawasan Penempatan Orang Asli (Pos) Balar dekat sini rakus di­ceroboh sehingga menyebabkan kehidupan komuniti di penempatan itu terjejas.

Kawasan hutan yang dahulunya menjadi tempat untuk mendapatkan sumber makanan, ubat-ubatan berasaskan herba dan mata pencarian kini terjejas akibat aktiviti pembalakan yang semakin membimbangkan di kawasan berkenaan.

Beberapa tumbuhan dan herba yang dikenali oleh komuniti Orang Asli sebagai ceklok, kareng dan kawok di kawasan itu telah pupus akibat aktiviti pembalakan tidak terkawal.

Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along berkata, kawasan hutan di penempatan itu telah di­teroka sejak tahun 1980-an, namun kegiatan itu kini semakin aktif sehingga menyebabkan mata pencarian Orang Asli di situ turut terjejas.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!