5 Disember 2014


Tokyo: Seorang wanita berusia 29 tahun menuntut cerai daripada suaminya semata-mata kerana berbeza pendapat mengenai filem animasi Disney, Frozen.

Menurut laman web Kikonsha no Hakaba atau dalam bahasa Melayunya-Kawasan Kubur Orang Sudah Berkahwin- wanita berkenaan terlalu taksub dengan filem itu selepas menontonnya bersendirian berulang kali.

Dia kemudian memujuk suaminya untuk menonton bersama.

Dia berharap sangat suaminya yang pernah belajar Kesusasteraan Denmark di universiti akan menyukainya, memandangkan Frozen diterbitkan berdasarkan cerita The Snow Queen yang ditulis penulis negara itu, Hans Christian Andersen.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila reaksinya bertentangan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!