4 Disember 2014


KUALA LUMPUR - Seorang pelajar dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan menyembunyikan kelahiran bayi lelakinya dengan membuang mayat bayi itu ke dalam tong sampah pada Oktober lalu.

Tertuduh, Norhidayah Yon, 19, membuat pengakuan salah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya pada November lalu.

Bagaimanapun hukuman terhadapnya ditangguhkan sehingga semalam sementara menunggu laporan akhlak tertuduh disiapkan untuk dikemukakan kepada mahkamah.


Pelajar diploma pengurusan perniagaan di sebuah kolej swasta itu didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi tersebut ke dalam tong sampah secara sulit.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejurus dia melahirkan bayi malang itu di Blok C, PV6, Kondo Platinum Hill Park, Jalan Setapak, Wangsa Maju pada pukul empat pagi, 28 Oktober lalu.

Tertuduh dilihat menangis di dalam kandang mahkamah memohon agar hukumannya dikurangkan atas alasan masih belajar dan mempunyai lima lagi semester untuk tamat pengajian selain sudah direman pihak polis selama sebulan di penjara Kajang.



Gambar utama sekadar hiasan
Kredit gambar: nanaluvbucuk

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!