23 Disember 2014


SHAH ALAM – Seorang pembantu rumah warganegara Thailand dihukum gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, selepas didapati bersalah menyeludup dadah seberat 2.8 kilogram (kg) tahun lalu.

Tertuduh, Miss Duangchit Khonthokhonbari, 33, didapati bersalah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, kerana cuba menyeludup dadah jenis metafetamin menggunakan laluan udara.

Dia ditahan selepas gagal melepasi kawalan pemeriksaan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 6 Mac tahun lalu.


Pesuruhjaya Kehakiman, Collin Lawrence Sequerah, menjatuhkan hukuman gantung mandatori selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. – BH ONLINE

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!