4 Disember 2014


SAO PAULO – Seorang pembunuh bersiri yang telah meniru cara pembunuhan kumpulan militan Islam (IS) telah ditahan oleh pihak berkuasa di Brazil.

Pembunuh itu menyerang tujuh mangsanya dengan menggunakan kapak sebelum memancung kepala mereka. Enam daripada mereka sudahpun maut dan polis masih sedang menyiasat jika ada mangsa lain yang terlibat.

Pembunuh yang berusia 23 tahun mempunyai satu tatu kapak di lengan kirinya telah melakukan pembunuhan yang pertama pada hari Sabtu yang lepas.  Dia ditahan di rumahnya selepas polis telah menjumpai tiga mayat yang tidak berkepala awal semalam.

Menurut laporan, dia berniat untuk membunuh 36 orang dan tidak akan berhenti membunuh jika tidak ditahan. Dia ditahan selepas seorang saksi terserempak dengannya dan telah mengambil nombor kereta selepas dia memancung kepala seorang mangsa
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!