7 Disember 2014


MARAN - Bukan setakat kanak-kanak, tetapi seorang pemuda Orang Asli berusia 20 tahun yang berhasrat menganut agama Islam pada hujung tahun ini turut menjadi antara 46 peserta program khatan perdana anjuran Parlimen Maran yang berlangsung semalam.

Lelaki dari Kampung Paya Sendayan, Temerloh, Azuan a/l Eh yang mendirikan rumah tangga dengan gadis seusia dari Kampung Orang Asli Batu 55 itu juga bakal menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Azuan memberitahu biarpun gementar dan segan dikhatankan bersama kanak-kanak yang jauh perbezaan umur namun perasaan itu tidak menjadi penghalang untuk dia berbuat demikian.

Dia tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) Maran yang membantu malah turut menguruskan pendaftaran khatan ini dan menyediakan kemudahan kenderaan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!