29 Disember 2014


JAKARTA: Pencarian pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia disambung pagi ini untuk hari kedua dengan pencarian pencarian dilakukan secara besar-besaran di kawasan lebih luas yang turut membabitkan kapal dan pesawat dari negara jiran.

Selain tiga cabang Tentera Nasional Indonesia (TNI), pencarian pesawat QZ 8501 akan dibantu oleh aset tentera dari Malaysia dan Singapura yang masing-masing menghantar tiga kapal perang.

"Kita (TNI AL) akan kembali memulakan pencarian jam 6 pagi (waktu tempatan) dan mendapat bantuan dari negara tetangga Malaysia dan Singapura yang masing mengirim tiga kapal perang," kata Komandan Pusat Penerbangan Angkatan Laut (Danpuspenerbal) Laksamana Pertama, Sigit Setiyanta,

Sigit berkata beliau sudah mendapat keizinan daripada Panglima TNI agar operasi pencarian membabitkan penggabungan dengan aset negara jiran.

TNI AL akan mengerahkan 12 kapal, tiga pesawat dan tiga helikopter yang sebahagiannya sudah berada di lokasi kemungkinan hilangnya pesawat berkenaan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!