21 Disember 2014


PULAU PINANG - Dua pasang pengantin yang akan mendirikan rumah tangga cemas apabila diberitahu kadi yang bakal menikahkan mereka telah meninggal dunia.

Laporan Sinar Harian memetik abang kepada salah seorang pengantin lelaki memberitahu, mereka sangat terkejut kerana tidak dimaklumkan tentang hal tersebut.


Kata si abang, mereka diminta ke pejabat agama untuk acara pernikahan memandangkan ramai pengantin dijadualkan bernikah pada hari berkenaan. Tetapi apabila sampai, mereka terkesima apabila diberitahu kadi berkenaan telah meninggal dunia.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Sazali Hussein, sekiranya perkara sebegini berlaku, Pegawai Tadbir Agama Daerah kebiasaanya akan mengambil alih.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!