2 Disember 2014


MOMENTUM penghasilan jam pintar bertambah sejak akhir-akhir ini dan dijangka semakin popular apabila Apple Watch mula dijual tahun depan.

Antara sebab mengapa jam pintar semakin popular ialah terdapat puluhan muka jam yang boleh dimuat turun oleh pengguna mengikut kehendak mereka.

Tidak seperti jam biasa, anda tidak terhad kepada hanya satu rupa muka jam kerana rekaan skrinnya yang hampir serupa dengan jam biasa, Moto 360 mempunyai puluhan muka jam mewah yang boleh dimuat turun. Moto 360 yang dimiliki kini boleh kelihatan seperti jam mewah Rolex dan Richard Mille tanpa anda perlu membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk membeli jam sebenar.

Ini membuatkan pengeluar jam tangan mewah tidak berpuas hati.

Laman Torrentfreak melaporkan pengeluar jam tangan mewah IWC, Panerai, Omega, Fossil, Armani, Michael Kors, Tissot, Certina, Swatch dan Mondaine kini secara aktif menghalang muat turun muka jam mereka pada jam pintar.

Ini kerana muka jam dan logo syarikat dipamerkan pada versi digital adalah harta intelek serta tanda dagang terpelihara.

Beberapa laman menawarkan muat turun muka-muka jam jenama itu  diarahkan membuangnya dalam masa 24 jam.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!