9 Disember 2014


KUALA LUMPUR - Laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam oleh penggodam yang tidak dapat dipastikan identitinya.

Godaman tersebut berlaku susulan kemenangan pasukan Vietnam ke atas Malaysia dalam perlawanan bola sepak peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF malam Ahad lalu yang dicemari insiden ganas beberapa penyokong Malaysia yang membelasah penyokong Vietnam.

Walaubagaimanapun, hanya muka hadapan laman FAM yang diubah dengan memuatkan ayat dalam bahasa Vietnam.

Sepotong ayat terbabit dapat diterjemah sebagai "mereka bermain sangat teruk... semua penggodam serentak di laman web Malaysia."

Selain itu, terdapat satu ayat dalam Bahasa Inggeris yang mengutuk tindakan penyokong fanatik Harimau Malaya yang memilih cara keganasan.

Ikon-ikon lain termasuk logo FAM di laman tersebut tidak disentuh penggodam. Buat masa ini laman web FAM ditutup sementara waktu untuk proses penyelenggaraan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!