1 Disember 2014


ALOR SETAR: Kira-kira 50 peniaga Pekan Rabu yang mendakwa mewakili 207 ahli berhimpun di pekarangan bangunan itu pagi tadi bagi menyatakan bantahan terhadap arahan pindah yang dikeluarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebelum ini.

Mereka yang enggan berpindah itu berkumpul kira-kira jam 10 pagi menuntut supaya suara mereka didengar untuk kepentingan semua pihak.

Anggota polis turut kelihatan di kawasan Pekan Rabu untuk mengawal perhimpunan itu.

Keadaan sebentar tadi agak tegang apabila pihak peniaga meminta supaya urusan mereka tidak diganggu serta pegawai SKM pulang dan membuat siasatan terperinci.

Wakil peniaga, Nora Sany Hussein, berkata pihaknya meminta lapan tuntutan mereka diselesaikan segera sebelum mereka dengan rela hati keluar dari bangunan itu selepas ini.

Katanya, tuntutan itu termasuk ruang niaga yang sesuai untuk jenis perniagaan seperti makanan, pakaian dan peralatan yang mesti diambil kira supaya perniagaan mereka tidak terjejas.

"Pihak koperasi yang mewakili kami tidak telus dan hanya mementingkan kroni mereka. Kami bersedia untuk pindah namun kami tuntut supaya ia dilakukan dengan adil," katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!