14 Disember 2014


Sebuah pesawat Air Asia Thailand yang dalam perjalanan ke Nanjing, China terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Don Muang semalam, berikutan tindakan seorang penumpang lelaki menyerang seorang pramugari di dalam pesawat tersebut.

Akhbar Bangkok Post melaporkan, kejadian itu dipercayai berpunca apabila penumpang dari China itu berang selepas dia tidak dapat duduk bersebelahan kekasihnya.

Lelaki tersebut dipercayai menyimbah air panas ke arah pramugari tersebut apabila diletakkan duduk berjauhan daripada pasangannya kerana disusun mengikut abjad.

"Kapten dan anak kapal terpaksa memujuk penumpang itu untuk berbincang selepas perbuatannya boleh mengancam keselamatan pesawat," kata kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan tambang murah itu.

Kapten pesawat membuat keputusan kembali ke lapangan terbang Don Muang dan meminta semua penumpang turun tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Sementara itu, sebuah blog, TheNanfang.com, melaporkan seorang saksi yang berada dalam pesawat tersebut melihat penumpang lelaki tersebut mengancam untuk meletupkan pesawat itu manakala kekasihnya pula mengugut untuk membunuh diri.

Sebaik sahaja mendarat, polis membawa pasangan terbabit dan dua rakan mereka ke balai polis lapangan terbang.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!