8 Disember 2014


SHAH ALAM - Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014, malam tadi sedikit tercemar dengan tindakan segelintir penyokong kedua-dua pasukan yang bergaduh.

Perbalahan tercetus ketika perlawanan memasuki minit ke-85, dan menjadi sukar dikawal dan berlarutan sehingga tamat perlawanan. 

Saksi memberitahu pergaduhan bermula daripada pertengkaran mulut oleh segelintir penyokong kedua-dua pasukan.

Insiden tersebut mendapat reaksi negatif dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang membidas tindakan penyokong, dan berharap agar si pelakunya dihadapkan ke muka pengadilan.

Beliau turut menyatakan rasa simpati dan dan permohonan maaf terhadap penyokong Vietnam.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!