11 Disember 2014


Mulai tahun hadapan, kerajaan negeri Terengganu akan memperkenalkan pertandingan lembu cantik bagi meningkatkan harga haiwan itu dan menggalakkan orang ramai menceburi bidang penternakan lembu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad berkata pertandingan akan membabitkan peringkat daerah dan negeri dalam dua kategori iaitu lembu betina dan lembu jantan.

"Kemuncak pertandingan akan diadakan pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Terengganu," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet Terengganu 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Nawi berkata hadiah lumayan menanti pemenang pertandingan itu dan menurutnya hadiah yang sesuai akan ditentukan nanti.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!