2 Disember 2014


BUKIT MERTAJAM – Satu kepala manusia ditemui di tiang berhampiran sebuah kedai makan di Taman Impian Ria hari ini.

Kepala itu didapati sepadan dengan mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat di dalam guni di Sungai Bakap, Nibong Tebal beberapa hari lalu.

Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pendedahan itu adalah berdasarkan laporan awal bedah siasat.


"Kedua-dua penemuan dipercayai mangsa yang sama, cuma kami masih menunggu laporan penuh DNA. Setakat ini identiti lelaki itu masih belum diketahui tetapi polis percaya mangsa adalah warga asing," ujar Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang itu lagi.

Menurut Mazlan, tiga lelaki warga asing berusia 20 hingga 30 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut. - MLP

Gambar utama sekadar hiasan.

Kredit gambar: ttnewsflash
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!