30 Disember 2014


TIOMAN – Beberapa kampung di Pulau Tioman,  dinaiki air akibat hujan lebat sejak petang semalam.

Perkara ini membimbangkan penduduk di pulau peranginan di Pahang dan difahamkan terdapat lebih 100 keluarga dipindahkan di Kampung Tekek.

Menurut Ketua Kampung Juara, Ab Razid Ali Awang, hujan lebat dan air pasang besar menyebabkan beberapa sungai di pulau tersebut semakin penuh.

“Hujan yang lebat akan menyebabkan air dari bukit dan gunung turun mengalir dengan deras melalui kawasan kampung sebelum masuk ke sungai,” katanya.

Sementara itu, dua keluarga dari Kampung Nipah sudah dipindahkan ke Kampung Mukut berikutan keadaan air mengalir deras yang mula membanjiri kampung berkenaan.

Media lapor, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya yang dihubungi mengesahkan kejadian dan tindakan susulan melibatkan beberapa pihak berkenaan sedang diaturkan.

Ketua Balai Polis Tioman juga telah memaklumkan bahawa keadaan hujan lebat di Tioman akan menyebabkan berlaku tanah runtuh di Kampung Air Hantu.

Dilaporkan, jalan dari Kampung Tekek ke Kampung Juara  tidak dapat dilalui kerana terdapat tanah runtuh. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!