23 Disember 2014


Merujuk kepada mewawancara dengan Pengasas, Institut Kajian Etnik (KITA ), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM ) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. Beliau juga ialah Timbalan Pengerusi, Majlis Profesor Negara.


Menurut Prof Shamsul, kerjasama Pas-DAP-PKR tidak terikat dan terdaftar rasmi dalam satu kesatuan rasmi seperti BN. Manakala hubungan antara parti-parti ini adalah sebenarnya sebuah ‘pakatan’ yang sangat longgar ikatanya.

Kerana itu kita menolak dakwaan Pembangkang kononnya mereka mendapat 52% undi di PRU 13 yang lepas kerana setiap parti DAP, PKR dan PAS sebenarnya mewakili parti masing-masing, bukan dicampur ketiga-tiganya. Mesyuarat sesama 3 parti itu pun tunggang-langgang dan menimbulkan konflik besar di antara DAP dan PAS. 


Tidak seperti Barisan Nasional yang memang coalition yang sah dan berdaftar.

Mengenai isu Hudud di Kelantan, Prof Shamsul menerangkan DAP dan PKR, dan juga Pas, sama-sama tahu bahawa sebarang perubahan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri mesti didahului atau menerima sokongan di Parlimen. 

Parti PAS juga ditempelak kerana seolah-olah ingin mengabui mata orang ramai dengan menganggap soal pelaksanaan hudud semata-mata soal Kelantan. Pengundi Malaysia tidak rabun dan tidak bodoh. Pengundi Malaysia ‘celik politik’ (politically literate).  

Satu lagi kenyataan Prof Shamsul ialah tentang sikap parti PAS yang masih lagi bertenggek kepada DAP dan PKR di dalam Pakatan yang tidak lagi sepakat. 
Pada pandangan Datuk, jalan penyelesaian terbaik dalam hal ini apakah Pas perlu keluar atau bagaimana? 
Ada pihak dalam Pas melihat jalan penyelesaiannya ialah keluar daripada PR, ada yang mahu terus dalam PR. Mengapa Pas dalam dilema ini? Apakah pilihan Pas sebenar? 
Walaupun demikian, mencabarnya keadaan adalah menjadi kerugian politik besar pada Pas sekiranya keluar daripada PR. Kecuali kalau ia keluar untuk bersama BN.
Dalam kata lain, Pas secara bersendirian tidak boleh mencapai kejayaan yang besar seperti dalam PRU-12 pada 2008 dan PRU-13 pada 2013. Pas akan terus jadi “jaguh kampung di Kelate atau Teganu” kalau tidak masuk PR. 
Kerana itulah, walaupun ternyata Pas telah terus menerus ‘dibuli’ secara terbuka dan halus, oleh Anwar Ibrahim, PKR atau DAP, sama ada di Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Johor, Pas tidak akan keluar daripada PR. 
Apatah lagi sokongan di kubu terkuatnya, iaitu di Kelantan sendiri telah nampak menurun, seperti terjelma dalam keputusan PRK Pengkalan Kubor pada 25 September 2014 lalu. 
Apabila kita teliti keputusan PRU-12 dan PRU-13, Pas menang banyak kerusi Parlimen dan ADUN oleh itu nampak kuat sekarang bukan kerana sokongan pengundi Melayu Islam semata-mata. seterusnya
Jika beginilah sikap sebenar kepimpinan parti PAS, kita faham kenapa PAS hanya mampu merengek dan memberi kenyataan walau pun Presiden parti itu dihina dan dimalukan.

Kepimpinan PAS mengritik dan memberi komen tetapi sekarang kita tahu bahawa mereka sebenarnya sudah hilang maruah. Berita tentang kepimpinan PAS yang 'menghentam' Lim Guan Eng dan DAP itu hanya wayang kulit didepan ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti itu.

So lain kali jika ada pemimpin PAS yang 'menghentam' atau mengritik DAP, kita rakyat gelak sahaja. Itu hanya drama murahan sahaja.

Dan kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong, sudah tiba masanya untuk mereka menuntut agar pemimpin-pemimpin PAS bukan hanya sekadar tin kosong sahaja tetapi benar-benar bertindak ke atas DAP yang menghina mereka iaitu dengan keluar daripada Pakatan Pembangkang.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!