30 Disember 2014


PANGKALAN BUN – Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia telah mengesahkan bahawa serpihan  yang ditemui adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501.

Carian udara bagi menjejaki penerbangan AirAsia QZ8501 yang dilaporkan hilang sejak pagi Ahad lalu telah membuahkan hasil apabila beberapa serpihan yang menyerupai pintu pesawat, luncur kecemasan dan beberapa objek lain ditemui. 

Menurut pegawai tentera udara Indonesia, Agus Dwi Putranto berkata, objek pelbagai saiz itu dilihat berada pada kedudukan 10 kilometer dari kedudukan terakhir pesawat itu dikesan pada radar.


"Kira-kira 10 objek besar dan banyak objek lebih kecil berwarna putih dapat dilihat namun kami tidak dapat mengambil gambar," kata Agus Dwi dalam sidang akhbar.

Kedudukan pelbagai objek yang dipercayai berasal dari pesawat QZ8501 itu adalah 10 kilometer (enam batu) dari lokasi terakhir pesawat sebelum terputus hubungan.

Agus Dwi turut menunjukkan 10 gambar objek yang kelihatan seperti pintu pesawat, luncur kecemasan serta sebuah objek berbentuk kotak.



Kredit gambar: AP, getty, epa
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!