30 Disember 2014


INDONESIA - Enam mayat mangsa pesawat QZ8501 dikesan di Laut Jawa, kira-kira 10km dari tempat di mana pesawat berkenaan kali terakhir dilihat dalam radar.

Laporan Associated Press menyebut tiga daripada mayat tersebut kini sedang diusahakan untuk dibawa naik ke kapal penyelamat.

Kesemua mayat membengkak namun masih dalam keadaan baik dan sempurna. Ketiga-tiga mayat bagaimanapun dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan. 

Sementara itu, jurucakap tentera laut Indonesia memberitahu, sebuah kapal perang telah menemui kira-kira 40 mayat mangsa.

Kesemua anak kapal perang tersebut kini sedang berusaha membawa naik mayat-mayat tersebut dan jumlahnya dijangka meningkat.

Penemuan ini adalah susulan dari penemuan serpihan pesawat dan objek menyerupai mayat di kawasan tersebut pagi tadi.

Foto: The Guardian/The Star
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!