31 Disember 2014



SURABAYA - Pada hari Selasa, pihak berkuasa Indonesia dan AirAsia telah mengesahkan bahawa serpihan yang dijumpai adalah milik pesawat AirAsia QZ8501 yang telah hilang. 

Lieutenant Tri Wobowo yang merupakan juruterbang pesawat C130 Hercules adalah antara orang pertama yang melihat serpihan pesawat tersebut di luar perairan Borneo.

Dia telah menggambarkan lokasi kejadian kepada pihak media dengan berkata  telah melihat tiga daripada mayat mangsa yang dipulihkan berpegangan tangan di lautan. 


'' Mulanya kami berfikir yang penumpang itu masih hidup dan sedang mengerakkan tangan mereka seola-ola meminta pertolongan kami tetapi apabila kami mendekati mereka, kami melihat yang mereka sudah pun mati.''

''Terdapat tujuh kepada lapan mayat dan tiga daripada mereka masih memegang tangan. Selain daripada mayat mangsa, saya juga dapat melihat bagasi dan serpihan yang lain yang mempunyai warna  merah, hitam dan putih'', tambah Wobowo. 

Pasukan SAR telah berjaya menemui serpihan pada sekitar 11 pagi waktu tempatan.

Pesawat AirAsia QZ8501 sepatutnya tiba di Singapura pada hari pagi Ahad 28 Disember 2014 tetapi telah hilang selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada jam 7.24 pagi waktu tempatan. 

Dalam satu persidangan media, Presiden Indonesia Joko Widodo telah berkata tumpuan utama operasi pencarian adalah untuk membawa keluar mayat dan pesawat daripada lautan dengan serta merta. 


Kredit Foto: Epa 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!