31 Disember 2014


Seorang pakar pener­bangan dari Australia mendakwa nahas pesawat AirAsia QZ8501, kelmarin berpunca akibat kecuaian juruterbang selepas juruterbang pesawat itu diarahkan terbang ke kawasan zon berbahaya di Laut Jawa.

Rangkaian televisyen Nine Net­work yang memetik kenya­taan pakar terbabit, Neil Hansford berkata, zon berbahaya tersebut yang dipercayai lokasi di mana pesawat QZ8501 hilang, dikenali sebagai ‘kilang ribut petir’ dan kebiasaannya juruterbang veteran akan mengelak daripada melalui kawasan itu.

Jelas Hansford, masih tidak pasti sama ada kapten pesawat, Iriyanto dari Indonesia atau pembantunya, Remi Emmanual Plesel dari Perancis yang menyediakan pelan penerbangan untuk me­nempuh cuaca buruk di zon berbahaya itu.

“Kebiasaannya juruterbang akan mengelilingi kawasan ribut, dan pihak yang terlibat dalam pelan penerbangan pesawat QZ8501 itu telah membuat kesilapan yang besar.

“Malah adakah mereka (Iriyanto dan Emmanual) membaca maklumat tentang keadaan cuaca yang disediakan oleh Surabaya dan siapakah yang melakukan kecuaian?” kata Hansford.

Dalam pada itu, Hansford turut menimbulkan persoalan tentang komunikasi antara kedua-dua juruterbang terbabit kerana bahasa ibunda kapten pesawat adalah bahasa Jawa dan pembantunya pula berbahasa Perancis.

“Adakah mereka berdua berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris?

“Saya tidak melihat insiden kehilangan pesawat QZ8501 berpunca akibat kegagalan kejuruteraan, sebaliknya ia akibat kesilapan juruterbang (manusia),” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!