24 Disember 2014


KUALA LUMPUR - Malaysia berada di tempat keempat dunia yang menggunakan media sosial sebagai rujukan untuk membuat keputusan kerjaya mereka, termasuk mencari kerja.

Hasil kajian terbaharu tahunan dunia Indeks Pekerja Global Kelly 2014 itu menunjukkan sekurang-kurangnya 60 peratus pekerja Malaysia menggunakan media sosial sebagai sumber pencarian kerja.

Jumlah itu, kata Naib Presiden Kelly Outsourcing and Consulting Group (KellyOCG), D Anthony Raja, jelas berbeza dengan purata global sebanyak 36 peratus.


“Fenomena ini lebih ketara di negara Asia Pasifik yang mana dianggarkan separuh atau 51 peratus pekerja menjadikan rangkaian media sosial antara sumber membuat keputusan.

“Ia ternyata lebih tinggi berbanding pekerja di Eropah, Timur Tengah dan Afrika sebanyak 34 peratus manakala gabungan Amerika Selatan dan Amerika Utara pula sebanyak 30 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bagaimanapun, kurang 30 peratus jawatan di negara Asia Pasifik diperolehi menerusi tawaran secara dalam talian.

“Aliran berbeza ini memerlukan penelitian semula bagaimana syarikat mengambil pekerja yang tepat dengan jurang kemahiran atau bakat itu terus ketara dan dijangka mencecah 81 juta menjelang 2018,” katanya.

Merujuk kepentingan peningkatan komuniti pencari bakat secara dalam talian,  Anthony berkata, biarpun konsep itu masih baharu di Malaysia, majikan yang berfikiran jauh telah mengiktirafnya sebagai sumber pengambilan generasi pekerja baharu. - BERNAMA
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!