3 Disember 2014


Isu perbezaan diantara jumlah yang mendapat status kewarganegaraan dan jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan telah dipolitikkan oleh pihak yang cukup tidak bertanggungjawab. Mereka seolah-olah cuba menggunakan isu ini untuk “mengapi-apikan” penduduk Sabah.

Menurut kenyataan yang telah di keluarkan oleh pihak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah yang telah dibentangkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa , jumlah sebenar mereka yang telah mendapat status warganegara adalah 68,703. Namun begitu jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kepada mereka hanyalah 67, 675 kerana ada diantara mereka yang telah mendapat status warganegara belum mencapai umur 12tahun bagi melayakkan mereka membuat kad pengenalan.

Walaubagaimanapun kad warganegara telah dikeluarkan bagi mereka yang belum layak membuat kad pengenalan ini. Oleh itu segala tohmahan dari pihak yang tidak bertanggungjawab ini memang langsung tidak berasas sama sekali. Sebenarnya rakyat memang tahu bahawa pihak tersebut hanya mahir dalam membuat fitnah dan menghasut tanpa memperdulikan soal keamanan dan ketenteraman negara.

Sementara itu pula buku laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing di Sabah akan mula dijual kepada umum mulai esok bagi memberi pemahaman secara menyeluruh kepada rakyat. Masa jualan bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang atau sehingga stok masih ada.

Jualan bertempat di dua lokasi iaitu di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini serta di Pusat Sehenti (OSC) Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Laporan adalah dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan harga RM100 senaskhah.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!