11 Disember 2014


MISSISSIPPI – Seorang gadis dibunuh secara kejam apabila dia dibakar hidup-hidup di sebuah jalan luar bandar selepas keluar rumah malam Sabtu lalu.

Jessica Chambers keluar untuk mencuci kereta dan mencari makan malam sebelum ditemui berdekatan keretanya yang sedang marak dijilat api.

“Mereka memukul Jessica sehingga pengsan sebelum menyembur cecair pemetik api ke seluruh badannya termasuk hidung dan mulut,” ujar bapa mangsa.

Pihak penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian menemui mangsa yang berusia 19 tahun terbakar di seluruh pelusuk badan kecuali tapak kaki.

Jessica dikejarkan ke hospital di Memphis namun dilaporkan meninggal dunia akibat 98 peratus badannya lecur terbakar.

Bapa gadis malang itu yang bertugas di pejabat sheriff menyatakan bahawa Jessica sempat mengenalpasti siapakah yang membunuhnya sebelum menghembus nafas terakhir.

“Hidup kami sekeluarganya telah punah. Dia merupakan seorang anak yang baik, baru sahaja selesai sekolah menengah dan mampu memiliki masa depan yang cerah,” ujar bapa mangsa lagi.

Keterangan dari beberapa orang telah diambil dan pihak penyiasat sedang mengkaji data yang diperoleh dari telefon bimbit mangsa yang ditemui di tempat kejadian.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!