31 Disember 2014


KUALA LUMPUR - Penduduk di kawasan perairan Sabah (Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan Pedalaman) dinasihatkan mengelak daripada sebarang aktiviti marin terutamanya pada 1 Januari 2015, berikutan ribut tropika ‘Jangmi’. 

Ribut Jangmi ini dijangka akan menyebabkan laut bergelora di perairan Sabah dalam tempoh 31 Disember hingga 2 Januari.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail, ribut itu kini berada 600 km dari Timur Laut Sandakan dan sedang bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 15km sejam (kmsj).

Dilaporkan, ribut tersebut boleh menyebabkan angin kencang selaju 50 hingga 60 kmsj  dan cuaca ini amat berbahaya untuk semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Che Gayah berkata selain perairan Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak (Miri dan Bintulu) turut akan mengalaminya.

Dilaporkan, ribut tropika Jangmi boleh mengakibatkan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter serta hujan lebat di kawasan berkenaan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!