4 Disember 2014


Ekoran permintaan ke atas petrol RON97 yang meningkat mendadak, masih terdapat cerita bahawa ada stesen minyak sudah kehabisan stok bahan api itu sehingga menyukarkan pembeli.

Sehingga hari ini ada terdapat lagi stesen minyak masih kehabisan stok RON97. Ada dakwaan menyebut ada jenama petrol yang tidak menjual RON97 di semua stesennya di negeri tertentu.

Menurut sumber dari pengguna, penggunaan RON97 lebih menguntungkan berbanding RON95 kerana biarpun perbezaan harganya 20 sen tetapi jarak perjalanan yang boleh dicapai adalah lebih jauh.


“Ramai yang percaya, guna RON97 lagi menguntungkan beza harga 20 sen bagi setiap liter tetapi dapar tambah jarak 20km untuk setiap liter,” katanya kepada Mynewshub.cc.

Sementara itu, ada pengusaha stesen minyak berdekatan Bangsar mendapati jualan RON97 di stesen minyaknya meningkan lima kali ganda sejak Isnin lepas.

“Semua stesen minyak berlaku peningkatan sebab itu pembekal tidak cukup bekalan hendak hantar ke stesen minyak.

“Sebelum ini hanya 10 peratus pengguna menggunakan RON97, sekarang dah naik mendadak,” kata sumber yang sama.

Biarpun angka jelas kenaikan permintaan kepada RON97 terkini tetapi di sesetengah stesen minyak jualan RON97 mereka meningkat daripada cuma 400 liter sehari kepada 2,000 liter sehari sejak 1 Disember.

Pada Isnin lalu, kerajaan membuat ketetapan baru kepada harga runcit petrol RON95, RON97 dan Diesel menggunakan sistem apungan terkawal berpandukan kepada harga minyak mentah dunia.

Harga terkini RON95 ialah RM2.26 sen turun 4 sen daripada harga asal RM2.30 sebelum 1 Disember dan harga terkini RON97 ialah RM2.46 sen diturunkan 9 sen dari harga asal RM2.55 seliter.

Kini, permintaan untuk petrol telah berubah dari hanya 10 peratus untuk RON97 dan 90 peratus untuk RON95 kepada 20 peratus untuk RON97 dan 80 peratus sahaja untuk RON95 peningkatan 10 peratus untuk RON97. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!