2 Disember 2014


KUALA LUMPUR - Perbezaan yang sedikit di antara minyak RON95 dan RON97 menyebabkan ramai pengguna memilih untuk mengisi minyak RON97. Perkara ini telah menyebabkan stok petrol berkenaan berkurangan di beberapa tempat.

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd mengesahkan beberapa stesen minyaknya di Semenanjung Malaysia mengalami kekurangan V-Power 97 berikutan permintaan yang tinggi.

"Kami sedang berusaha untuk memulihkan bekalan di kawasan yang terjejas dan komited untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami," jelas wakil syarikat berkenaan dalam kenyataan rasmi.

Menurut jurucakap BHPetrol pula, permintaan sememangnya meningkat tetapi bekalan di stesen-stesen minyaknya masih mencukupi.

"Lazimnya permintaan terhadap RON97 tidak tinggi ekoran hanya dibeli oleh pemandu yang memiliki kereta berprestasi tinggi," ujarnya.

Perbezaan antara petrol RON97 dan RON95 sepanjang bulan Disember hanya 20 sen setelah kerajaan memansuhkan subsidi bahan api bermula hari ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!