1 Disember 2014


Aktres, Priyanka Chopra, berdepan dengan masalah selepas premis miliknya yang terletak di Versova, barat negara ini dijadikan pusat pelacuran, baru-baru ini.

Menurut laman web ibtimes, polis Mumbai telah menyerbu premis tersebut yang didakwa dijadikan pusat untuk aktiviti tidak bermoral selepas pelakon berusia 32 tahun itu menyewakannya kepada seorang pemilik pusat kecantikan, Pusat Kecantikan dan Spa Charisma.

“Pusat kecantikan itu terletak bersebelahan klinik ibunya, Madhu. Polis telah menyerbu lokasi tersebut selepas menerima laporan tempat itu dijadikan pusat pelacuran hasil maklumat daripada orang ramai, awal bulan ini,” lapor akhbar tempatan India, Mid Day.

Hasil siasatan yang dijalankan, pasukan polis berjaya menahan pengurus pusat kecantikan berkenaan, Dinesh Chandrakant dan menyelamatkan tiga wanita yang akan dijadikan pelacur.

“Kami sedang mencari pemilik pusat kecantikan itu, Manik Soni dan selepas dia ditahan barulah kita dapat mengetahui perjanjian sebenar antara pemilik spa dan Chopra,” dedah pegawai penyiasat tersebut.

Chopra kini dilaporkan terganggu dengan masalah tersebut dan tidak mengetahui premis miliknya dijadikan sarang pelacuran, malah, Chopra yang mempercayai Soni sebelum ini pernah melawat pusat kecantikan itu bersama ibu serta adiknya, Siddhart.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!