2 Disember 2014


Amaran keras buat Safee! Itu tegas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang tidak menolak tindakan disiplin akan dikenakan ke atas penyerang negara Safee Sali seandainya mengulangi insiden merokok.

Denda lebih berat menanti Safee andai gagal mematuhi amaran dan menepati janji selepas mengakui kesilapan di Singapura sehingga membuka ruang buat media negara itu melancarkan provokasi sehari sebelum perlawanan akhir peringkat kumpulan bertemu tuan rumah.

Hamidin turut merujuk kedudukan Safee sebagai pemain profesional sepatutnya lebih faham bila berhadapan tugasan negara yang turut menuntut disiplin serta tingkah laku terbaik di khalayak ramai.

Hamidin juga mahu insiden itu dijadikan pengajaran kepada pemain kebangsaan yang lain.

Turut menyuarakan nada sama jurulatih negara Dollah Salleh.

Bagi Dollah, kejayaan Safee meledak gol pertama ketika bertemu Singapura yang turut membawa pasukan ke separuh akhir boleh dijadikan sebagai permohonan maaf pemain itu agar lebih berhati hati selepas ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!