30 Disember 2014


TEKNOLOGI skrin TV melengkung sudah diperlihatkan Samsung awal tahun ini dan kini mereka memperkenalkan skrin melengkung untuk monitor komputer. 

Monitor SE790C mempunyai skrin sebesar 34" dengan resolusi 3440 X 1440 pixel Ultra WQHD . 

Ia sebuah monitor berskrin ultra lebar dengan nisbah 21:9. Fungsi menarik disertakan ialah fungsi 'picture -by- picture' dan 'picture-in-picture'. 'Picture-by-picture' membolehkan skrin memaparkan dua gambar dari input berbeza sekali gus. 

Ini bermakna sebuah monitor boleh berfungsi seperti dua buah monitor serentak dengan paparan skrin dibahagi dua. 


Fungsi 'picture-in-picture' pula membolehkan input kedua dipaparkan di dalam tetingkap kecil yang terapung di atas paparan utama. 

SE790C turut dilengkapi pembesar suara stereo serta empat port USB 3.0. Buat masa ini harga serta bilakah ia akan memasuki pasaran masih belum diumumkan. 

Apa yang pasti fungsi skrin melengkung untuk komputer desktop lebih munasabah dari penggunaannya sebagai TV di ruang tamu.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!