17 Disember 2014


LONDON – Pelakon Lindsay Lohan dalam satu wawancara menyatakan hasratnya yang tidak mahu pulang semula ke Los Angeles (LA).

Pelakon yang mula mencipta nama dengan filem The Parent Trap ini sudah sembilan bulan menetap di London dan tidak bercadang untuk kembali ke bandar yang mendapat jolokkan City of Angels.

“Saya tidak mahu menjalani kehidupan di LA lagi. Kawan-kawan saya sering bercerita mengenai perkara yang saya tidak lagi faham. Jika saya membuka saluran televisyen di sana, semuanya hanya mengenai gosip sahaja,” ujar aktres berusia 28 tahun itu. 

Menurut pelakon yang popular menerusi filem Mean Girls ini lagi, dia amat senang dengan kehidupannya di London.

“Sejak tiba di sini sekitar Mac, saya langsung tidak mendengar nama saya menjadi topik perbualan di kaca TV. Meskipun ia satu perkara yang sedikit janggal, namun sebenarnya elok untuk diri saya,” tambahnya.

Pelakon yang pernah tergelumang dalam ketagihan alkohol dan dadah ini dalam proses mendapatkan rawatan di London hasil inisiatif mogul televisyen, Oprah Winfrey.

Ketenangan yang dikecapi di bandaraya tersebut turut menjadi faktor pemulihan. Perbezaan cara hidup sihat yang kini dipratik amat berbeza dengan keadaan liar di bandar metropolis Amerika Syarikat itu.

“Saya perlu beransur pulih dan bersikap matang untuk mula menyusun hidup. London adalah tempat paling baik untuk berbuat demikian,” jelas Lindsay lagi.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!