2 Disember 2014


Kepada pemohon yang masih tertanya-tanya samada anda berjaya atau tidak untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M): Anda sebenarnya boleh membuat semakan untuk mengetahui status atau keputusan permohonan BR1M melalui 4 cara iaitu:



Semakan status BR1M secara online:

Semakan status permohonan BR1M secara online boleh dibuat di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di alamat:

https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s

Semakan status BR1M melalui telefon:

Pemohon juga boleh menyemak status BRIM dengan menelefon nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566 atau nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716. Semakan boleh dibuat setiap hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Semakan status BR1M  melalui email:

Semakan BR1M dan pertanyaan juga boleh dibuat menerusi emel ke alamat br1m@treasury.gov.my. Sila nyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda di dalam emel tersebut.

Semakan status BR1M melalui pos:

Bagi pemohon yang tak menyatakan nombor akaun bank, keputusan permohonan BR1M akan dimaklumkam melalui pos secara berperingkat-peringkat. Jika berjaya surat itu juga juga akan menyatakan tarikh dan juga tempat majlis penyerahan baucar.

Jika keputusan tidak berjaya, pemohon boleh merayu menggunakan borang rayuan yang boleh didapati di semua pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan yang berkaitan, atau boleh dimuat turun dari laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!