15 Disember 2014


Wisma Putra hari ini masih menyiasat dakwaan kemungkinan rakyat negara ini terlibat dalam insiden serangan pengganas di Sydney, Australia hari ini.

Menurut Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat lengkap berhubung serangan terbabit.

“Setakat ini kami tidak boleh memberikan apa-apa maklumat kerana siasatan masih berjalan.

“Pegawai kami di sana masih cuba menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut dan sebarang maklumat rasmi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan penglibatan rakyat Malaysia sebagai tebusan dalam serangan tersebut.

“Kita tahu ramai rakyat kita di sana, jadi risiko rakyat Malaysia dijadikan tebusan dalam serangan tersebut agak tinggi.

“Bagaimanapun tunggu maklumat rasmi dari pegawai di sana, sebarang maklumat akan dikongsikan secepat mungkin,” katanya lagi.

Sekurang-kurangnya 10 kakitangan sebuah restoran dan 30 orang awam ditahan sebagai tebusan dalam satu serangan pengganas pada pagi hari ini.

Menurut saksi, pengganas yang memakai penutup kepala berlambang tulisan Arab itu melangkah masuk ke restoran terbabit pada jam 9.45 pagi (waktu Australia) sebelum mengeluarkan laras senjata dari beg yang dibawa bersamanya.

Seketika kemudian, saksi melaporkan melihat tebusan dipaksa menghadap dan meletakkan tangan masing-masing ke tingkap dengan memegang bendera berlambang ‘Shahada’, iaitu lambang kepada kumpulan ekstremis Jabhat al-Nusra.

Pihak berkuasa setakat ini memperketatkan langkah keselamatan di sekitar restoran terbabit.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!