2 Disember 2014


WANITA dari South Wales, England ini layak digelar sebagai Sleeping Beauty moden kerana penyakit yang dialaminya telah menyebabkannya tidur sehingga 21 jam sehari.

Helen Waterson, 36, menderita Sindrom Kleine-Levin yang turut dihidapi 1,000 pesakit lain di seluruh dunia.

"Saya terlepas banyak detik-detik penting dalam hidup kerana tidak dapat bersosial atau bercinta seperti orang lain," katanya.

Menurut Waterson, dia boleh berjaga selama tiga jam hanya jika mengambil sejenis ubat yang memberi kesan sampingan kepadanya dan penyakit jarang berlaku itu turut menjejaskan memori jangka panjangnya.

Keadaan itu menyebabkan wanita tersebut terpaksa berhenti kerja kerana dia perlu 'tidur' sepanjang hari di rumah.

Walaupun mengalami masalah tersebut, Waterson tetap berjaya menamatkan pengajian di universiti dan mendapat kerja yang baik sebagai pengurus gadai janji, laporan dipetik dari The Mirror.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!