30 Disember 2014


Filem komedi yang mencetus kontroversi,  The Interview, menjadi filem keluaran Sony yang paling banyak di muat turun, empat hari selepas ia mula dijual pada 24 Disember.

Filem tersebut telah dimuat turun sebanyak dua juta pada 27 Disember, dan berjaya menghasilkan keuntungan sebanyak USD$15 juta hasil dari muat turun itu.

Filem "The Interview" merupakan sebuah filem fiksyen komedi yang menayangkan bagaimana warga Amerika cuba membuat plot untuk membunuh pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. Filem yang menelan bajet USD$44 juta itu bagaimanapun telah ditarik dari tayangan atas dasar keselamatan.


Filem tersebut telah menyebabkan kemarahan warga Korea Utara dan mengakibatkan serangan siber ke atas Sony baru-baru ini.

Serangan ke atas Sony itu telah menyebabkan kebocoran beberapa maklumat penting termasuk skrip filem yang sedang dalam pembikinan, emel penting dan juga gaji pelakon.

Sony menarik balik tayangan setelah mendapat beberapa ugutan serangan ke atas panggung(yang mahu menayangkan filem terbabit).

Sony bagaimanapun menjual filem tersebut atas talian dengan menggunakan servis Youtube, Google Play, Microsoft's Xbox Video dan juga melalui laman penyewaan DVD miliknya.

Sony meletakkan harga $5.99 bagi sewaan selama dua hari dan $14.99 bagi pembelian di laman penyewaan miliknya itu..

Tindakan Sony membatalkan penayangan filem tersebut telah mendapat kritikan di US termasuk presiden Barrack Obama yang mengatakan ianya satu ancaman kepada kebebasan untuk bersuara.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!