14 Disember 2014


Pengarah dan pelakon Erma Fatima mengucapkan tahniah buat suami, Bade Azmi dan madunya, Aida Abdul atas kelahiran bayi pertama mereka.

““Welcome to the family baby Jihad. Congratulation Bade and Aida,” tulis Erma dalam laman Instagram miliknya hari ini.

Bagaimanapun, Erma seolah-olah meluahkan perasaan sedih kerana tidak dapat memberikan zuriat kepada suaminya.

“Malang bagi seorang perempuan yang tidak mampu memberikan zuriat buat suaminya kerana anak adalah anugerah Allah paling berharga,” katanya.

Bade dan Aida dikatakan telah bernikah sekitar Mac di negara jiran dan meraikan pernikahan itu dalam satu majlis yang dibuat di sebuah hotel di Cherating pada 27 Mei lalu.

Erma dan Bade bernikah pada 30 November 1990.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!