9 Disember 2014


INI kali kedua dia menjanda, kalau ikut raut muka yang diberikan nampaknya kali ini dia lebih tenang menerima nasib yang menimpa. Sungguhpun ada yang memilih mahu memandang serong kepada dirinya, Raja Azmi yang Joyah lebih senang memanggilnya Kak Mi tiada kuasa untuk menghalang orang menghukum dirinya. Katanya, mungkin itu refleksi dia suatu ketika dahulu, suka menghukum orang tanpa mengetahui apa yang dilalui seseorang itu.

“Kak Mi tak marah kalau mereka mahu terus menghukum Kak Mi. Dahulu Kak Mi juga mempunyai pandangan buruk terhadap orang yang berkahwin banyak kali ini.

“Kini bila Kak Mi lalui, baru tersedar apa yang dilalui orang tersebut. Sebab itu Kak Mi tak marah orang nak cakap apa. Sebab mereka juga macam Kak Mi dahulu,” katanya.

Memang cukup terkenal sebagai seorang yang tidak mahu berpura-pura, jelas Kak Mi yang baru beberapa minggu bercerai dengan suami keduanya Eddie Ghazali, kali ini dia pasti memang tiada harapan lagi untuk dia bersama bekas suaminya itu.

“Buat apa mahu berpura-pura, kami boleh jadi kawan sahaja.

“Kak Mi memang percaya Eddie seorang lelaki yang baik, tapi sayang dia bukan untuk Kak Mi. Waktu sekarang memang Kak Mi mahu bercinta dengan Allah sahaja,” katanya.

Satu perkataan yang boleh Joyah gambarkan Kak Mi ialah dia seorang yang sangat tabah. Dicaci dimaki, dia tidak pernah mahu berubah hanya disebabkan kata-kata orang. Betul kata dia, berubah sebab orang berapa lama mahu bertahan? Biarlah berubah sebab kemahuan sendiri.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!