7 Disember 2014


NEW DELHI - Sebuah negeri di India mengarahkan pemberhentian prosedur pemandulan besar-besaran di sebuah kem kesihatan.

Hal ini berlaku selepas doktor di situ dilaporkan menggunakan pam basikal untuk mengembungkan abdomen pesakit bagi memudahkan pembedahan dijalankan.

Seorang doktor, Dr Mahesh Chandra Rout berkata, penggunaan pam basikal adalah perkara biasa di kawasan terpencil di negara itu yang tidak mempunyai peralatan perubatan yang mahal.

Kenyataan Dr. Mahesh itu disangkal  pegawai negeri India yang berpendapat penggunaan pam basikal boleh membahayakan pesakit dan doktor sepatutnya menggunakan karbon dioksida.

Pegawai kanan kesihatan Orissa, Arati Ahuja berkata, mulai sekarang prosedur pemandulan hanya akan dijalankan di hospital memiliki kemudahan yang sesuai.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!