4 Disember 2014


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim berkuatkuasa 3 November lepas.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memberitahu, gelaran itu ditarik balik berikutan tindakan dan perlakuan Ketua Pembangkang itu sejak akhir 2013 mempersoalkan kuasa dan kewibawaan Sultan Selangor dan institusi raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar.


Anwar dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 1992.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!