9 Disember 2014


Walaupun kebebasan beragama di dalam Perlembagaan menyebut isu hak individu namun ia sama sekali tidak termaktub kepada ajaran Islam.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, undang-undang tidak boleh keluar agama sudah jelas kepada orang Islam dan persoalan mengenai peraturan itu di dalam Perlembagaan dianggap boleh ditolak.

"Kita tidak perlu terima di dalam undang-undang Perlembagaan yang menyebut kebebasan kepada semua agama.

"Sudah jelas di dalam Islam, kita memang tidak benarkan individu itu untuk keluar agama walau apa pun yang terjadi.

'Kalau lahirnya Islam, tidak boleh pilih agama lain dan itu sudah dipersetujui di dalam Perlembagaan sendiri sejak merdeka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harussani mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low yang menyifatkan kebebasan beragama sebahagian daripada hak asasi manusia yang harus diguna pakai untuk semua.

Jelas Low, walaupun tidak dapat berhujah dengan pihak yang percaya keluar daripada Islam dilarang, semua orang sepatutnya boleh memilih agama yang mereka mahu.

Dalam pada itu kata Harussani, isu kebebasan mutlak dalam beragama ini harus dihindar demi mengelakkan kekacauan kepada negara.

"Dalam Perlembagaan sudah menyatakan kita tidak boleh pengaruhi agama lain dan memberi tekanan agama kepada individu berlainan agama.

"Cara dakwah Islam juga tidak mengganggu individu lain, kita tidak kacau orang, kita juga tidak suap duit untuk orang masuk Islam," jelasnya.

Ujarnya lagi, menteri atau sesiapa sahaja di negara ini turut dinasihati untuk tidak 'mengusi' Perlembagaan dan mengelakkan hujah berkenaan isu berkenaan.

"Jangan usik Perlembagaan, ikut sahaja yang sudah tertulis.

"Tidak perlu untuk sesiapa berhujah dan membawa isu ini kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini isu dalaman dan selesaikan dengan cara kita sendiri," katanya.

Perlembagaan menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agamanya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkannya.

Perlembagaan juga menetapkan Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam situasi damai dan harmoni.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!