2 Disember 2014


Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menafikan pihak mereka telah memilih tujuh penerima emel bertuah yang memenangi hadiah wang tunai RM150,000.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir. Mohd. Aminuddin Mohd. Amin berkata, TNB telah membuat aduan berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Semua komunikasi melalui emel oleh TNB dibuat menggunakan alamat emel syarikat dan tidak menggunakan alamat emel seperti gmail, yahoo, hotmail, outlook.my dan sebagainya, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Untuk maklumat lanjut hubungi TNB di talian 1300 88 5454.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!