23 Disember 2014


Tahun 2004 telah meninggalkan satu kenangan pahit bagi penduduk dunia apabila satu kejadian tsunami mega telah melanda 14 buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Sri Langka, India, Thailand, Somalia, Maldives, Myanmar, Tanzania, Kepualuan Seychelles, Afrika Selatan, Bangladesh, Kenya, Yaman dan Madagascar.

Bencana terbesar dalam sejarah manusia ini telah mengorbankan terlalu banyak nyawa dengan Indonesia mencatatkan angka korban tertinggi iaitu kira-kira 170,000 orang, diikuti Sri Lanka (35,322 orang), India (18,045 orang) dan Thailand (8,212 orang) manakala kematian di negara-negara lain di bawah 100 orang. Mengikut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), jumlah korban mencecah 283,000 orang dengan 14,000 lagi hilang dan 1,126 juta hilang tempat tinggal.

Bandar Aceh selepas tsunami
10 tahun sudah berlalu dimana kini kawasan paling teruk terjejas iaitu Banda Aceh kini sudah dilihat membangun dengan pelbagai keperlu asas sudah kembali tersedia.
Bandar Aceh sekarang
Selepas 2004 seorang warawan BBC, Andrew Harding, telah kembali ke Banda Aceh dengan detik pertemuan penuh emosi apabila beliau telah berjumpa kembali dengan seorang wanita yang disifatkan begitu kuat melalui setipa detik hidup selepas bencana tersebut.

Beliau telah bertemu kembali dengan seorang kanak-kanak ayng ditemuinya 10 tahun lalu iaitu  Mawardah Priyanka yang ketika itu baru sahaja berusia 11 tahun.

Dalam kejadian tsunai 2004, Mawardah dan kakaknya, Mutiyah bernasib baik terselamat tetapi mereka menjadi anak yatim piatu apabila kedua ibu bapa terkorban dalam insiden tersebut.

Dia kini sudah menjangkau usia 21 tahun dan telah bertemu semula dengan wartawan ayng pernah membaut liputan di kawasannya satu ketika dahulu. Memang mengharukan dan tsunami pastinya menyimpan kenangan tersendiri yang pastinya tidak akan pernah luput dalam minda Mawardah dan Andrew sampai bila-bila pun.

Andrew telah sempat melawat kolej Marwadah di Banda Aceh di mana dia sedang mengikuti kelas kickboxing Thai dengan sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan yang lain.

Mawardah merupakan seorang pelajar yang baik, bekerja keras dan selalu megaji.

"Dia mempunyai semangat seperti seorang lelaki" kata gurunya.


Menurut Mawardah, beliau bimbang mengenai inflasi, tetapi  merasakan kehidupan mereka sekarang lebih baik dari sebelum dilanda tsunami kerana undang-undang Syariah di Banda Aceh sekarang lebih baik tidak seperti dahulu.

"Rakan-rakan saya adalah keluarga saya sekarang," kata Mawardah semasa bersiap untuk pulang dari kelas kickboxing dengan menunggang motosikal skuter milik adiknya.

"Saya mahu menjadi seorang wanita yang kuat. Selepas menamatkan pengajian daripada kolej ini saya akan menyambungnya di Amerika, dan ingin bekerja sebagai wartawan. Saya rasa masa depan saya akan menjadi lebih baik," katanya sambil tersenyum.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!