14 Disember 2014


JOHOR BAHRU: Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan yang selamat menjalani pembedahan, semalam kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Guangzhou, China.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Johor tidak kira bangsa dan kepercayaan agama yang sentiasa mendoakan kesihatan anakanda Baginda itu.

"Baginda turut menyampaikan salam kepada seluruh rakyat dan akan pulang ke negeri Johor sedikit masa lagi.

"Justeru, sebagai Menteri Besar, saya menyeru kepada semua rakyat Johor agar terus mendoakan supaya Tunku Abdul Jalil kembali sihat seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Jemaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata Tunku Abdul Jalil kini sedang berehat dan dijangka pulang ke tanah air dalam masa terdekat bagi mendapatkan rawatan susulan di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Serindit, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, sebentar tadi.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!