23 Disember 2014


Satu detik menarik yang memaparkan seekor monyet cuba menyelamatkan rakannya yang terkena renjatan elektrik menjadi perhatian di Internet.

Menurut apa yang dilaporkan, monyet yang terkena renjatan elektrik itu tidak sedarkan diri selepas terkena satu kabel yang bervoltan tinggi di sebuah trek keretapi di Kanpur, India.

Aksi seekor monyet lain, dipercayai rakan kepada monyet yang pengsan itu,  menarik rakannya ke kawasan yang selamat dan berulang kali mengetuk rakannya itu berjaya dirakam.


Malah monyet tersebut juga menarik rakannya ke satu lopak air bagi menyelamatkan rakannya yang tidak sedarkan diri itu. Ramai yang kagum dengan usaha monyet tersebut sehingga ada yang menyifatkan tindakannya itu sebagai 'True Friendship' .Saksikan detik ajaib tersebut menerusi video dibawah.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!