23 Disember 2014

Redmi Note 4G merupakan telefon pintar terbaru daripada pihak Xiaomi yang turut menyertakan sokongan rangkaian 4G bersama-sama dengannya.

Ia telah diumumkan untuk pasaran Malaysia pada November lepas, dan kini Xiaomi melalui laman Facebook mereka turut memperlihatkan ia akan mula dijual di Malaysia bermula 11 Disember ini.






Ia masih mengekalkan pelbagai perkara termasuk rekaan dan saiz peranti seumpama Redmi Note asal, dimana ia membawakan skrin bersaiz 5.5-inci HD IPS, ruangan storan 8GB, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Redmi Note 4G turut menyertakan cip Snapdragon 400 1.6Ghz, bateri berkapasiti 3100mAh, dan hadir dengan sokongan hanya satu SIM.



Dari segi perisian pula, Redmi Note 4G membawakan Android 4.4 KitKat, dan dilengkapi antaramuka MIUI 5. Di Malaysia, Redmi Note 4G akan dijual pada harga RM589.

Dan anda juga boleh mendapatkannya dengan harga RM499 jika membeli set AP. Murah bukan? -



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!