22 Disember 2014


Hari ini kecoh apabila cerita kononnya pasangan yang sedang hangat bercinta Zizan Razak dan Emma Maembong dikhabarkan sudah putus cinta kira-kira sejak sebulan yang lalu.

Cerita itu ditulis dalam ruangan gossip sebuah akhbar tabloid hari ini. Menurut laporan daripada ruangan gossip itu menulis Emma sudah ada pengganti.
Malah, katanya tempat Zizan diambil alih pelakon popular, Kamal Adli yang menjadi pasangan Emma dalam drama Syurga Tanpa Cinta.

Eh biar betul kan? Bila Murai Batu dapat tahu hal itu, Murai Batu teruslah buka akaun Instargam milik mereka berdua untuk menjalankan siasatan Murai Batu ini.

Murai Batu pun teruslah buka akaun Intsgaram Zizan Razak, dan dan je Murai Batu buka Murai Batu ternampak dia baru sahaja memuat naik gambarnya dan Emma beberapa minit lalu.

Menerusi kapsyennya yang dimuat naik Zizan,dia telah menjelaskan hubungannya dengan Emma masih baik dan masih mencintai sekaligus menafikan dakwaan gossip tersebut.

Berikut merupakan kapsyen yang dimuat naik:
“Kami disini baik2 sahaja..terima kasih rakyat malaysia yang sentiasa mendoakan yang baik tuk hubungan kami berdua..dan @emma_maembong sentiasa saya cintai u always in my heart #cinta #love #zizanrazak #emmamaembong”

Tidak puas hati lagi, Murai Batu buka pula Instagram Emma dan dia juga memuat naik satu pos yang menyatakan jangan mendeng
ar gossip.
Berikut merupakan kapsyen yang dimuat naik:
“Jgn dgr gossip2 yg tak betul okey. @zizanrazak869 😘 #EmaVengers #EmmaMaembong @emavengers #ZEloveStory”

Post itu membuktikan mereka masih bersama, malah ramai peminat yang gembira dengan penjelasan itu. Ramai juga peminat yang meminta mereka segera berkahwin.



SUMBER
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!