31 Disember 2014


KUALA LUMPUR: Impian Zulfadli Zulkifli menjadi kenyataan apabila muncul juara Grand Prix (GP) Akhir Sirkit kebangsaan di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini.

Juara dunia remaja 2012 itu akhirnya mendapat gelaran kebangsaan pertama selepas menewaskan Lim Chi Wing 21-12, 21-15 dalam final perseorangan lelaki.

Ia adalah satu penyudahan baik untuk penamat musim acara badminton bagi pemain ranking ke-59 dunia itu.

Dia turut melakar sejarah selaku pemain pertama yang bukan di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memenangi gelaran kebangsaan.

Dia kini sudah berdiri sebaris dengan juara kebangsaan 10 kali, Datuk Lee Chong Wei serta bekas juara, Datuk Misbun Sidek dan Rashid Sidek.

Sementara itu, dalam acara beregu lelaki, Mak Hee Chun-Tan Bin Shen memenangi gelaran kebangsaan yang pertama selepas menewaskan Tan Wee Gieen-Teo Ee Yi 21-18, 21-15.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!