9 Januari 2015


Kegelisahan ibu kepada dua beradik yang hilang sejak Rabu, berakhir apabila Mohd Iman Zafri, 11, dan Nur Alysyah Zafiera, 9, kini dikatakan berada dalam jagaan bapa mereka.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh yang menyatakan bahawa mereka berada di rumah bapa mereka sekitar jam 11.30 malam tadi.

Dua beradik itu pada Rabu, meminta kebenaran ibunya, Azriana Ahmad untuk pergi ke kedai sebelum disedari tidak kembali semula selepas lebih 15 minit.

Melalui status di laman media sosial perniagaan ibunya sekitar dua jam lalu, turut dinyatakan mengenai situasi dua beradik tersebut yang telah dijumpai pihak polis, namun belum diserahkan kembali kepadanya.

"Saya akan update sekiranya anak-anak ada di depan mata saya. Anak-anak hilang bukan lari dari rumah seperti yang didakwa," kata status berkenaan.

Pada masa yang sama, beliau kesal terhadap tanggapan buruk dan fitnah yang dilemparkan oleh pengguna media sosial sejak khabar kehilangan anak-anak mereka disiarkan umum.

Mohd Iman dan Nur Alysyah dilaporkan hilang sejak 9 malam Rabu lalu selepas mereka keluar dari premis niaga ibu mereka untuk ke kedai.

Difahamkan, ibu bapa kepada dua beradik berkenaan tidak tinggal bersama.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!