9 Januari 2015


JOHOR BAHRU - Dua orang anak yang masih kecil dilaporkan hilang 15 jam lalu dan masih belum ditemui. 

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 9 malam semalam di sebuah deretan premis perniagaan di Jalan Pinang 52, Taman Daya, Johor Bahru.

Difahamkan, Mohd Iman Zafri, 11, dan juga adiknya, Nur Alysyah Zafiera, 9, tidak kembali ke kedai tempat ibu dan bapanya bekerja selepas keluar untuk membeli sesuatu di kedai di tingkat bawah.

Menurut ibunya, Yana, Mohd Iman dikatakan memakai baju hitam dan seluar hitam manakala Nur Alysyah memakai baju tidur putih dengan bintik merah.

“Selalunya dia akan mengambil masa 5 minit untuk kembali ke kedai kami. Semalam, selepas 15 minit, dia tidak muncul dan itu membuatkan saya dan suami berasa tidak sedap hati,” kata Yana.

Awani lapor, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai menunjukkan dua beradik itu berjalan menghala ke kedai yang hendak dituju tetapi rakaman tersebut tidak menunjukkan sebarangan berkaitan kehilangan mereka.

Walaupun Yana dan suaminya membuat laporan polis sejam selepas kejadian tersebut. pihak polis meminta mereka  menunggu sehingga 24 jam sebelum ia diklasifikasikan sebagai kes hilang atau culik.

Mereka juga telah menyebarkan maklumat kehilangan anak mereka melalui akaun media sosial perniagaan mereka.

Bagi mereka yang mempunyai maklumat dan mahu membantu, anda boleh menghubungi ibu bapa Mohd Iman dan Nur Alysyah boleh dihubungi di talian 013-700 9064 atau 017-777 3985.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!