19 Januari 2015


KARACHI - Beberapa mayat kanak-kanak dari sebuah tanah perkuburan dilaporkan hilang dan perkara ini mencetuskan panik dalam kalangan penduduk daerah tersebut.

Setakat ini, lima mayat dilaporkan hilang dari tanah perkuburan Afridi Goth, termasuk dua kes terbaru yang berlaku dalam masa 15 hari lalu.

Menurut penduduk, polis mengesyaki mayat berkenaan mungkin diserang seekor haiwan berikutan beberapa kubur ditemui digali semula dan dibiarkan terbuka.

“Oleh kerana kubur itu tidak disimen, ini mesti perbuatan seekor haiwan dan ia tidak ‘hilang’,” kata jurucakap polis Manghopir Ghulam Hussain Koran.

Haiwan itu dipercayai mengali kubur tersebut dan memakan mayat kanak-kanak terbabit.

Malah, cebisan daging dan rangka juga ditemui oleh pihak polis di tanah perkuburan tersebut. 

Menurut Hussain, beberapa anggota polis ditugaskan di kawasan tanah perkuburan berkenaan untuk memantau keadaan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!